kolam air panas biasanya terjadi akibat pemanasan air bawah tanah oleh magma.Magma yang panas akan memanaskan air yang mengalir di bawah tanah.Sesetengah air yang telah dipanaskan itu mengalir keluar melalui rekahan pada permukaan bumi lalu bertakung menjadi kolam air panas.
   Di Malaysia ,terdapat beberapa kolam air panas seperti di Pedas(Negeri Sembilan),Tambun (Perak),dan setapak(Kuala Lumpur).Geiser pula biasanya terdapat di kawasan gunung berapi seperti di New Zealand dan Amerika Syarikat.


   Ramai orang mempercayai bahawa air panas dari perut Bumi boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit .Hal ini dan pemandangan yang menarik telah menyebabkab kolam air panas dan geiser menjadi tumpuan para pelancong.

    Gempa Bumi sebenarnya ialah gegaran kerak bumi.Ia terjadi apabila kepingan batuan di kerak bumi bergerak.Kerak bumi sebenarnya terdiri daripada kepingan -kepingan batuan yang besar.
    Pergerakan kepingan batuan itu menghasilkan gegaran dan rekahan pada permukaan Bumi,iaitu Gempa Bumi berlaku.Kekuatan gempa bumi diukur dengan Skala Richter.Semakin besar nombor skala ,semakin kuat Gempa Bumi yang berlaku dan semakin banyak kerosakan yang dialami.
   Gempa Bumi yang kuat akan menyebabkan bangunan ,jalan raya ,dan jambatan retak dan runtuh.Bekalan air dan elektrik juga terputus.Kebakaran turut berlaku dan banyak nyawa akan terkorban.Biasanya ,bangunan di kawasan yang selalu dilanda gempa Bumi didirikan di atas tapak yang dapat menyerap gegaran.

Kesan gempa bumi

    Gunung berpi ialah suatu rekahanl pada kerak bumi.Ia terbentuk akibat letusan gunung berapi dan gunung berapi biasanya terjadi di kawasan kerak bumi yang lemah.
     Terdapat tiga jenis gunung berapi,iaitu:
     a)Gunung berapi aktif:Gunung berapi yang sering meletus
     b)Gunung berapi pendam:Gunung berapi yang berahat selama beberapa tahun tetapi meletus dari semasa
        ke semasa.
    c)Gunung berapi mati;Gunung berapi yang tidak meletup lagi.
    Gunung beapi bukan sahaja terdapat di atas daratan,tetapi juga di dasar laut.Apabila letusan gunung berapi berlaku di dasar laut ,ombak yang amat besar (tsunamai )akan dihasilkan .Ombak ini akan memusnahkan pelabuhan dan kawasan persisiran pantai.




Komet merupakan salah satu ahli sistem suria .Komet terdiri daripada ketulan ais (campuran debu dan gas yang beku).Komet juga beredar mengelilingi Matahari.Komet yang paling popular ialah komet Halley .Komet ini mengambil 76 tahun untuk melengkapkan edarannya dan dijangka muncul semula pada tahun 2062.

Di langit selatan pula terdapat buruj yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui arah selatan dan sesuatu tempat. Buruj ini ialah Buruj Salib Selatan (Crux), yang dikenali di kalangan nelayan tempatan sebagai Buruj Pari. Buruj ini akan berada di tengah meridian langit selatan pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan Jun. Arah yang ditunjukkan oleh garisan yang menyambungkan bintang A dan B ketika tersebut adalah arah selatan. Unjuran garisan tersebut kearah yang berlawanan untuk
mengetahui arah utara dari sesuatu tempat
.

Untuk mengetahui kedudukan Bintang Kutub, terlebih dahulu hendaklah kenal dan camkan bentuk Buruj Bajak.
Pada waktu malam di antara bulan Disember sehingga Mei setiap tahun, terdapat satu buruj lain yang menarik di tengah-tengah langit, iaitu Buruj Orion (Al-Babadur/Belantik). Buruj ini mudah dikenali kerana ia mempunyai tiga bintang berderetan di tengah-tengahnya. Ketika Buruj Orion berada di tengah-tengah langit dalam pergerakan hariannya (dikenali sebagai fenomena istiwa buruj) unjuran garisan yang menghubungkan Bintang Rigel dan Bellatrix menunjukkan arah utara. Bintang tiga berderetan dalam Buruj Orion pula digunakan oleh nelayan di Pantai Timur Malaysia sebagai panduan untuk kembali semula ke daratan dan menentukan arah kiblat.

Bintang yang sesuai digunakan untuk tujuan penentuan arah utara ialah Bintang Kutub (Polaris) yang terletak bertepatan dengan paksi putaran bumi. Keadaan ini menyebabkan bintang-bintang lain secara ketara kelihatan beredar mengelilinginya.Bagi pemerhati di Malaysia, Bintang Kutub berada rendah di ufuk sebelah utara. Di negeri-negeri pantai timur seperti, Kelantan
dan Terengganu, Bintang Kutub boleh dilihat berada lebih 5° di atas ufuk. Bintang Kutub berada dalam buruj Ursa Minor, tetapi lebih mudah dikenali melalui Buruj Bajalt. Buruj Bajak dikenali juga di kalangan masyarakat Melayu di utara Semenanjung Malaysia sebagai Buruj Timba dan ada pula yang menamakannya sebagai Bintang Senduk. Masyarakat Melayu, mempunyai pemahaman tersendiri tentang perkaitan di antara kedudukan Buruj Bajak dengan perubahan musim. Pada masa tertentu, apabila bahagian empat persegi Buruj Bajak yang disifatkan sebagai senduk menghadap ke atas, akan disifatkan sebagai 'musim yang sukar' iaitu musim kemarau. Ketika bentuk senduk menghadap ke bawah pula dikatakan menandakan 'murah rezeki' iaitu musim menuai.

calendar

About this blog

Followers

Powered by Blogger.