Bentuk Bulan
1. Bulan adalah satelit semula jadi bagi Bumi
2. Bulan berbentuk sfera
3. Bulan tidak mengeluarkan cahaya
4. Bulan menerima cahaya daripada Matahari dan membalikkannya ke Bumi
5. Kita tidak melihat Bulan pada waktu siang kerana cahaya matahari sangat terang
6. Bentuk Bulan berubah dari satu malam ke satu malam yang lain
7. Bulan kelihatan lebih besar daripada matahari kerana Bulan terletak lebih dekat dengan Bumi
8. Diameter Bulan ialah kira-kira ¼ daripada diameter Bumi
Permukaan Bulan
1. Permukaan Bulan terdiri daripada:
i. gunung berbatu
ii. kawah
iii. kawasan rata berdebu halus
2. Permukaan Bulan tiada atmosfera
3. Bulan tidak dapat menampung kehidupan kerana:
i. tiada air
ii. suhu yang tidak sesuai
iii. tiada udara
0 comments:
Post a Comment