kolam air panas biasanya terjadi akibat pemanasan air bawah tanah oleh magma.Magma yang panas akan memanaskan air yang mengalir di bawah tanah.Sesetengah air yang telah dipanaskan itu mengalir keluar melalui rekahan pada permukaan bumi lalu bertakung menjadi kolam air panas.
   Di Malaysia ,terdapat beberapa kolam air panas seperti di Pedas(Negeri Sembilan),Tambun (Perak),dan setapak(Kuala Lumpur).Geiser pula biasanya terdapat di kawasan gunung berapi seperti di New Zealand dan Amerika Syarikat.


   Ramai orang mempercayai bahawa air panas dari perut Bumi boleh menyembuhkan pelbagai penyakit kulit .Hal ini dan pemandangan yang menarik telah menyebabkab kolam air panas dan geiser menjadi tumpuan para pelancong.

    Gempa Bumi sebenarnya ialah gegaran kerak bumi.Ia terjadi apabila kepingan batuan di kerak bumi bergerak.Kerak bumi sebenarnya terdiri daripada kepingan -kepingan batuan yang besar.
    Pergerakan kepingan batuan itu menghasilkan gegaran dan rekahan pada permukaan Bumi,iaitu Gempa Bumi berlaku.Kekuatan gempa bumi diukur dengan Skala Richter.Semakin besar nombor skala ,semakin kuat Gempa Bumi yang berlaku dan semakin banyak kerosakan yang dialami.
   Gempa Bumi yang kuat akan menyebabkan bangunan ,jalan raya ,dan jambatan retak dan runtuh.Bekalan air dan elektrik juga terputus.Kebakaran turut berlaku dan banyak nyawa akan terkorban.Biasanya ,bangunan di kawasan yang selalu dilanda gempa Bumi didirikan di atas tapak yang dapat menyerap gegaran.

Kesan gempa bumi

    Gunung berpi ialah suatu rekahanl pada kerak bumi.Ia terbentuk akibat letusan gunung berapi dan gunung berapi biasanya terjadi di kawasan kerak bumi yang lemah.
     Terdapat tiga jenis gunung berapi,iaitu:
     a)Gunung berapi aktif:Gunung berapi yang sering meletus
     b)Gunung berapi pendam:Gunung berapi yang berahat selama beberapa tahun tetapi meletus dari semasa
        ke semasa.
    c)Gunung berapi mati;Gunung berapi yang tidak meletup lagi.
    Gunung beapi bukan sahaja terdapat di atas daratan,tetapi juga di dasar laut.Apabila letusan gunung berapi berlaku di dasar laut ,ombak yang amat besar (tsunamai )akan dihasilkan .Ombak ini akan memusnahkan pelabuhan dan kawasan persisiran pantai.




Komet merupakan salah satu ahli sistem suria .Komet terdiri daripada ketulan ais (campuran debu dan gas yang beku).Komet juga beredar mengelilingi Matahari.Komet yang paling popular ialah komet Halley .Komet ini mengambil 76 tahun untuk melengkapkan edarannya dan dijangka muncul semula pada tahun 2062.

Di langit selatan pula terdapat buruj yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui arah selatan dan sesuatu tempat. Buruj ini ialah Buruj Salib Selatan (Crux), yang dikenali di kalangan nelayan tempatan sebagai Buruj Pari. Buruj ini akan berada di tengah meridian langit selatan pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan Jun. Arah yang ditunjukkan oleh garisan yang menyambungkan bintang A dan B ketika tersebut adalah arah selatan. Unjuran garisan tersebut kearah yang berlawanan untuk
mengetahui arah utara dari sesuatu tempat
.

Untuk mengetahui kedudukan Bintang Kutub, terlebih dahulu hendaklah kenal dan camkan bentuk Buruj Bajak.
Pada waktu malam di antara bulan Disember sehingga Mei setiap tahun, terdapat satu buruj lain yang menarik di tengah-tengah langit, iaitu Buruj Orion (Al-Babadur/Belantik). Buruj ini mudah dikenali kerana ia mempunyai tiga bintang berderetan di tengah-tengahnya. Ketika Buruj Orion berada di tengah-tengah langit dalam pergerakan hariannya (dikenali sebagai fenomena istiwa buruj) unjuran garisan yang menghubungkan Bintang Rigel dan Bellatrix menunjukkan arah utara. Bintang tiga berderetan dalam Buruj Orion pula digunakan oleh nelayan di Pantai Timur Malaysia sebagai panduan untuk kembali semula ke daratan dan menentukan arah kiblat.

Bintang yang sesuai digunakan untuk tujuan penentuan arah utara ialah Bintang Kutub (Polaris) yang terletak bertepatan dengan paksi putaran bumi. Keadaan ini menyebabkan bintang-bintang lain secara ketara kelihatan beredar mengelilinginya.Bagi pemerhati di Malaysia, Bintang Kutub berada rendah di ufuk sebelah utara. Di negeri-negeri pantai timur seperti, Kelantan
dan Terengganu, Bintang Kutub boleh dilihat berada lebih 5° di atas ufuk. Bintang Kutub berada dalam buruj Ursa Minor, tetapi lebih mudah dikenali melalui Buruj Bajalt. Buruj Bajak dikenali juga di kalangan masyarakat Melayu di utara Semenanjung Malaysia sebagai Buruj Timba dan ada pula yang menamakannya sebagai Bintang Senduk. Masyarakat Melayu, mempunyai pemahaman tersendiri tentang perkaitan di antara kedudukan Buruj Bajak dengan perubahan musim. Pada masa tertentu, apabila bahagian empat persegi Buruj Bajak yang disifatkan sebagai senduk menghadap ke atas, akan disifatkan sebagai 'musim yang sukar' iaitu musim kemarau. Ketika bentuk senduk menghadap ke bawah pula dikatakan menandakan 'murah rezeki' iaitu musim menuai.

Buruj adalah kumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu seperti binatang atau benda. Contohnya buruj Belantik (BI: Orion) membentuk sebuah belantik (sejenis alat penangkap binatang); buruj Pari (BI: Southern Cross) kelihatan seperti ikan pari, dan Buruj Biduk (BI: Big Dipper (AS) atau The Plough (UK)) berbentuk sebuah biduk.
Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab iaitu برج (burj) (tunggal), بروج (burūj) (jamak). Lain bangsa, lainlah persepsi mereka terhadap corak buruj itu. Justeru, nama buruj juga berbeza. Dalam contoh di atas, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani dan Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.
Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj, 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut zodiak.

Buruj-buruj adalah kumpulan-kumpulan bintang-bintang yang ditunjukkan, beserta baris pelihatan dalam azimut dan ketinggian malar di dalam langit.
Kategori ini mengenalkan 88 buruj-buruj yang sekarang dikenali (kawasan-kawasan langit) oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU), tambah sub-kategori.
Untuk bintang-bintang, lihat juga kategori Bintang.

Bentuk Bulan

1.            Bulan adalah satelit  semula jadi bagi Bumi
2.           Bulan berbentuk sfera
3.           Bulan tidak mengeluarkan cahaya
4.           Bulan menerima cahaya daripada Matahari dan membalikkannya ke Bumi
5.           Kita tidak melihat Bulan pada waktu siang kerana cahaya matahari sangat terang
6.           Bentuk Bulan berubah dari satu malam ke satu malam yang lain
7.           Bulan kelihatan lebih besar daripada matahari kerana Bulan terletak lebih dekat dengan Bumi
8.           Diameter Bulan ialah kira-kira ¼ daripada diameter Bumi

Permukaan Bulan

1.            Permukaan Bulan terdiri daripada:
i.             gunung berbatu
ii.           kawah
iii.          kawasan rata berdebu halus
2.           Permukaan Bulan tiada atmosfera
3.           Bulan tidak dapat menampung kehidupan kerana:
i.             tiada air
ii.           suhu yang tidak sesuai
iii.          tiada udara





Bentuk Bumi                                      

1.       Bumi adalah satu planet dalam sisitem suria
2.       Bumi adalah planet ketiga terdekat dengan Matahari
3.       Bumi merupakan planet tunggal yang didiami hidupan
4.       Bumi berbentuk sfera. Bukti yang menunjukkan Bumi berbentuk sfera ialah :
·        Pergerakan kapal yang sedang belayar
·        Gambar yang diambil dari angkasa lepas
5.       Saiz Bumi adalah sangat besar dan ditentukan dengan menganggar ukur keliling Bumi pada garisan Khatulistiwa.
6.       Ukur keliling Bumi pada garisan khatulistiwa ialah 40 000 kilometer.
7.       Diameter Bumi pada Khatulistiwa pula adalah lebih kurang 12756 km 

Tarikan Graviti Bumi

1.             Tarikan graviti Bumi ialah daya yang menarik semua objek ke pusat Bumi
2.            Tarikan graviti Bumi menyebabkan semua objek yang dilambung ke udara jatuh ke tanah semula
3.            Tarikan graviti Bumi berkurang apabila objek bergerak menjauhi permukaan Bumi.




Bentuk Matahari

1.            Matahari adalah sebuah bintang
2.           matahari terletak di tengah-tengah system suria
3.           Matahari berbentuk sfera
4.           Matahari tidak boleh dilihat terus dengan mata kasar kerana ia boleh merosakkan mata
5.           Matahari boleh dilihat melalui baying-bayangnya dengan menggunakan negetif filem atau cermin mata hitam
6.           Pada waktu senja , Matahari boleh dilihat kerana pancarannya kurang kuat

Saiz Matahari

1.            Matahari adalah bintang yang paling kecil dalam alam semesta.
2.           Ukur keliling Matahari adalah 110 kali lebih besar daripada ukur keliling Bumi
3.           Ukur keliling matahari adalah kira-kira 400 kali lebih besar daripada ukur keliling Bulan
4.           Jarak Matahari dari Bumi kira-kira 150 juta kilometer



Secara umum, rantau bercarta dari Sistem Suria ialah Matahari, empat planet terestrial dalaman, jalur asteroid, empat planet gas gergasi luaran, jalur Kuiper, cakera bertaburan, dan yang unggulnya kemungkinan hipotesisnya awan Oort.
Sealiran dari zarah bercas dari (angin suria) Matahari, mencipta heliosfera, sebuah buih yang menyerap Sistem Suria dan terhapus dalam heliopause, secara kasarnya pada tepian dari cakera bertaburan.
Mengikut susunan dari jarak mereka dari Matahari, lapan planet ialah:
  • Utarid
  • Zuhrah
  • Bumi
  • Marikh
  • Musytari
  • Zuhal
  • Uranus
  • Neptun
Laksana pertgh-2008 empat objek yang lebih kecil dikelaskan sebagai planet kerdil. Ceres berada dalam jalur asteroid, manakala tiga yang lain (Pluto, Makemake dan Eris) semuanya melepasi Neptun.
Enam dari planet dan dua dari planet kerdil secara bergilir diorbit oleh satelit semulajadi, lazimnya diistilahkan "bulan" selepas Bulan Bumi, dan setiap dari planet luaran dikelilingi oleh cincin planetari dari debu dan zarah lain.
Secara tak rasmi, Sistem Suria kadangkala dibahagikan kepada zon berasingan. Sistem Suria dalaman termasuk empat planet terestrial dan jalur asteroid utama. Sesetengah menaksirkan Sistem Suria luaran sebagai terdiri dari segalanya melepasi asteroid.[2] Sejak penemuan jalur Kuiper, yang lain menaksirkannya sebagai rantau melepasi Neptun, dengan empat gas gergasi yang dianggap "zon pertengahan" berasingan.[3]
Pada 24 Ogos, 2006, Kesatuan Astronomikal Antarabangsa (IAU) menaksirkan istilah "planet" buat pertama kali, disegerakan oleh penemuan Eris dan perbincangan yang berikut atas pengelasannya. Penaksiran ini membahagikan objek yang mengorbit Matahari dibahagikan kepada tiga kelas: planet, planet kerdil, dan anggota Sistem Suria kecil.
Sebuah planet merupakan sebarang badan yang mengorbit mengelilingi Matahari yang mempunyai jisim yang mencukupi untuk membentuk dirinya kepada bentuk bersfera dan mempunyai membersihkan kejiranan segeranya dari semua objek yang lebih kecil. Mengikut penaksiran ini, Sistem Suria mempunyai lapan planet yang diketahui: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun. Pluto telah disingkirkan dari status planetari, laksana ia tidak dibersihkan orbitnya dari sekitar objek jalur Kuiper.
Sebuah planet kerdil merupakan badan selestial yang mengorbit Matahari yang cukup besar untuk dilingkarkan oleh gravitinya sendiri tetapi iaitu tidak membersihkan rantau kejiranannya dari planetesimal dan bukan satelit. Mengikut penaksiran ini, Sistem Suria mempunyai empat planet kerdil yang diketahui: Ceres, Pluto, Makemake, and Eris. Planet kerdil yang mengorbit dalam rantau trans-Neptunian dipanggil "plutoid."[4]
Saki-baki dari objek yang mengorbit mengelilingi Matahari adalah anggota Sistem Suria kecil.(ASSK).[5]
Satelit semulajadi, atau bulan, adalah objek yang mengorbit mengelilingi planet, planet kerdil dan ASSK, berbanding dari matahari itu sendiri.
Para astronomi biasanya mengukur jarak di dalam Sistem Suria dalam unit astronomikal (AU). Satu AU adalah kira-kira jarak purata antara Bumi dan Matahari, atau 149,598,000 km (92,956,000 bt). Pluto secara kasarnya 38 AU dari Matahari, manakala Musytari berada secara kasarnya 5.2 AU. Satu tahun cahaya ialah 63,240 AU. Sebuah jarak badan dari Matahari dalam kursus dari tahunnya. Pendekatan terdekat kepada Matahari dipanggil perihelion, manakala jarak terjauh dari Matahari dipanggil aphelion.
Hipotesis pembentukan SIstem Suria kini ialah hipotesis nebula, pertama kali diusulkan pada 1755 oleh Immanuel Kant dan dirumuskan oleh Pierre-Simon Laplace secara berasingan[6]. Teori nebula ini mengatakan bahawa Sistem Suria terjadi akibat kemusnahan graviti awan gas yang dipanggil nebula suria. Ia mempunyai diameter 100 AU dan berjisim 2-3 kali jisim Matahari. Kemudian, satu gangguan (mungkin supernova berhampiran) memampatkan nebula, menolak jirim ke dalam sehingga daya graviti mengatasi tekanan gas dalaman dan ia mula runtuh. Apabila nebula itu runtuh, keabadian momentum sudut bermakna ia berputar semakin laju dan semakin panas. Campuran daya-daya graviti, tekanan gas, medan magnet dan putaran menyebabkan nebula yang mengecut itu mula mendatar menjadi cakera protoplanet berputar dengan protobintang yang semakin mengecut di tengah.
Daripada awan serta gas dan debunya, pelbagai planet terjadi. Sistem suria dalaman terlalu panas untuk molekul mudah ruap seperti air dan metana untuk memeluwap, jadi planetesimal yang terbentuk di situ agak kecil (cuma 0.6% dari jisim cakera) dan terdiri dari sebatian dengan takat lebur tinggi seperti silikat dan logam. Badan berbatu ini kemudiannya menjadi planet terestrial. Lebih jauh, kesan graviti Musytari mengakibatkan objek protoplanet tidak boleh bersatu, dan ini menjadi lingkaran asteroid. Musytari dan Zuhal menjadi gergasi gas, manakala Uranus dan Neptun lebih kecil dan dikenali sebagai gergasi ais kerana teras keduanya dipercayai terdiri daripada ais, ataupun sebatian hidrogen.
Gergasi gas tersebut cukup besar untuk mengekalkan "atmosfera primer" yang terdiri daripada hidrogen dan helium yang ditarik dari nebula suria di sekeliling. Planet terestial pula akhirnya hilang atmosfera ini, dan kemudiannya menghasilkan "atmosfera sekunder" melalui aktiviti gunung berapi, hentaman komet, dan dalam kes Bumi, adanya kehidupan.
Selepas 100 juta tahun, tekanan dan ketumpatan hidrogen di tengah nebula runtuh menjadi cukup besar untuk protomatahari tersebut memulakan pelakuran termonuklear, yang akan berterusan sehinggalah keseimbangan hidrostatik diperolehi. Angin suria Matahari baru itu kemudiannya membersihkan semua gas dan debu dalam cakera protoplanet dengan meniupnya ke ruang antara najam, dan demikian mengakhiri pertumbuhan planet.


Kamus Dewan mendefinisikan alam semesta terlalu besar meliputi cakerawala, galaksi, planet, bintang, manusia, haiwan, batuan, debu, gas dan apa sahaja kewujudan yang terdapat di dalamnya.
Bumi kita sendiripun hanyalah sebuah planet kecil yang mengelilingi matahari dalam sistem suria. Matahari pula sebagai planet yang  terbesar dalam sistem suria hanyalah sebuah bintang dalam galaksi Bima Sakti. Galaksi Bima Sakti pula merupakan satu daripada kelompok galaksi biasa di antara ribuan galaksi lain. Teleskop yang paling tinggi kadar perayuannya sekalipun akan hanya mampu meninjau sebahagian kecil alam semesta.
Jadi, secara mudahnya kita dapat membayangkan betapa besar dan luasnya alam semesta ini sehingga ia kelihatan sama sahaja walau dari mana pun kita melihatnya.
Galaksi merupakan satu kumpulan planet, bintang, asteroid dan pelbagai objek angkasa yang bergerak bersama-sama di dalam cakerawala. Galaksi-galaksi ini tersebar keserata alam semesta dengan jarak sehingga beratus juta tahun cahaya. Galaksi yang terbesar di cakerawala ialah rangkaian Galaksi Abell 2029. Galaksi ini terletak kira-kira 1070 juta tahun cahaya dari kita.
Galaksi Abell 2029 terletak di dalam zidiak Virgo. penemuannya telah diumumkan oleh Juan M. Uson, Stephen P. Boughn dan Jeffrey R. Kuhn pada bulan Julai 1990.  Galaksi ini berdiameter 5,600,00 tahun cahaya, iaitu kira-kira lapan kali lebih besar daripada Galaksi Bima Sakti.
Galaksi yang paling terang pula ialah IRAS F10214+4724. Ia dikesan oleh ahli astronomi pada tahun 1983 melalui Satelit Astronomi Infra Merah. Galaksi ini kemudian dapat dilihat dengan jelas pada Februari 1991. Jarak galaksi ini dari kita ialah kira 11,600 juta tahun cahaya.

calendar

About this blog

Followers

Powered by Blogger.